Monday, October 8, 2012

MAK , ABAH SAYE NAK KAWIN AWAL!!!

Huhuhu~ Kawin .. Fitrah manusia nak kawin kan... Tp bukan dengan sejenis la.. yg tu jenis xda akai~
huhuhu~

huhu~ nie ader yg aku terbaca kat blog http://pascaspm.com/gods-servant/4-kelebihan-kahwin-awal/

1. Kahwin Awal Dapat Mengelakkan Zina

Alasan tipikal, aku tau. Mungkin ramai yang dah menyampah ngan reasoning nie. Tapi lagi menyampah senanye bila orang pandang  couple² nie dosa kecik² jer, dating² nie just untuk suka², dan tak membawa kepada bahaya. Ye lah dizaman manusia lali dengan dosa kecik, di zaman tengok pornografi adalah perkara biasa untuk semua lelaki, memang kita rasa kahwin tue takde signifikan sangat dalam social life kita, sekadar membenarkan bersetubuh.
Tapi senanye kalo korang betol² tengok hikmat perkahwinan tue dari segi Islam. Tak terbilang banyak mana dosa yang korang dapat elak, tak terbilang gak berapa ramai pompuan yang dapat diselamatkan daripada player² kat luar sana, dan banyak laki yang akan berhenti tengok porn dah pasnie.

Tapi tue jelah yang bleh aku cakap. Aku sendiri pun rasa point nie tak dapat nak menggerakkan hati korang untuk pikir bahawa kahwin awal tue bagus. Maklumlah, kita lebih takutkan kantoi buat jahat dengan manusia daripada dosa. Malah kita lagi termotivasi dengan duit berbanding pahala.

2. Senang Nak Jaga Anak di Usia Muda

Maaf sebab aku tulis 3 perenggan untuk point yang pertama. Isi seterusnya diambil dari Kak Jie, seorang ibu yang sangat berpengalaman menjadi ibu. Menurut beliau, kalo kita kahwin awal, at least kita bleh sara semua pelajaran anak-anak seblom bersara, bila bersara pasnie dah payah dah. At least anak-anak sempat tibai duit MARA seblom korang bersara, XD! Dan paling best, bila diorang graduate pasnie, mungkin bleh gi jenjalan kat oversea tempat diorang graduate tue.

3. Perempuan Boleh Bersalin Secara Konfiden!

Memandangkan pasnie cycle aku adalah section ‘sakit puan’. Aku terpaksa memaparkan kredibiliti aku sebagai seorang yang sangat berpotensi menjadi seorang dr. sakit puan kat para pembaca sekalian. Kalo korang nak tau, orang tua² nie payah sket nak deliver baby. Kuasa kuda diorang lemah, otot² diorang pun dah tak berapa larat kerana hormone secretion of the eskrefem to the bla3.. (aku malas nak explain secara medical, bukannye korang berminat pun).
Point nyer, delivery tue payah sket. Unless korang plan betul² dan hasilkan baby sebanyak mungkin dalam lingkungan umur bawah 30. InsyaAllah semua baby selamat dilahirkan secara comel. Yelah, kita kena amik kira kuasa Allah SWT gak kan nak lahirkan baby² ni?

4. Boleh Belajar Finance

Last but not Lisa Surihani, masa remaja nie sebenarnya masa emas. Banyak skill yang korang bleh belajar dengan senang, sebab masa nie otak masih lagi menyerap ilmu dan pengalaman cam spongebob. Aku yakin 87.3% orang yang tengah baca post nie mesti bimbang pasal duitkan?
Padahalnye, bila korang kahwin, korang akan rasa duit tue sesuatu yang sangat penting. Dan masa nielah korang akan develop skill untuk cari duit, ataupun akan belajar monthly finance, belajar simpan duit lebih dan duit² korang tue takdelaa dibazirkan kat benda² yang tak perlu macam game, ipad2, baju lawa dan bla3. At least bila dah kawen tak membazir sangat duit biasiswa tue.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui” [24:32]

Hehehe~ 
p/s : kalau ada rezeki mmg nak kawin awal :) Doa2 la Admin dipermudahkan segala urusan :)

No comments:

Post a Comment