Wednesday, April 18, 2012

Soal Jawab ;) ternampak kat blog: http://najahudin.8m.com/ahkam3.html


PERMAINAN DI FUNFAIR
Soalan :
Di funfair, biasanya pemain membayar sejumlah wang, kemudian dia menggunakan kecekapan atau kemahirannya untuk memasukkan gelang dalam paku, atau menembak sasaran, contohnya, jika masuk atau kena, dapat hadiah dan sebagainya.
1.    Adakah permainan-permainan seumpama ini dikira judi atau tidak?
2.    Apakah dhawabit (sebab) untuk menentukan ia judi?
3.    Ada pihak mengatakan jika ia menguji kemahiran, bukan judi.
Jawapan :
Definasi judi atau al-maisir dalam bahasa Arab bermaksud sesuatu permainan yang menggunakan wang sebagai taruhan; atau setiap permainan yang disyaratkan padanya seseorang yang menang akan memperolehi sesuatu daripada yang kalah; atau sesuatu permainan yang mengandungi sebarang taruhan dan orang yang menang berhak mendapat taruhan tersebut. Inilah maksud daripada kalimah `maisir' dalam surah al-Baqarah: 219 dan al-Maidah: 90-91.
Apa yang dimaklumi memang judi itu memberi manfa'at kepada pemenangnya, tetapi menimbulkan bencana dan malapetaka kepada yang kalah. Jumhur ulama' kita sepakat tentang definasi judi ialah taruhan. Adanya taruhan ini merupakan illat (sebab) haramnya judi itu. Oleh itu setiap permainan yang mengandungi unsur taruhan adalah benar-benar al maisir dan haram melakukannya.
Menjawab soalan anda, apakah permainan di funfare itu judi ?Jawabnya : Ya, ia adalah judi.
Apakah dhawabitnya? Jawab : Ia ada melibatkan wang pertaruhan.
Bagaimana dengan dakwaan ia permainan yang menguji kemahiran? Jawabnya: Musabaqah atau pertandingan kemahiran itu diharuskan jika ia tidak melibatkan taruhan (gamble); atau jika mendapat hadiah (baik berupa wang atau piala atau barang berharga) yang ditawarkan itu hendaklah disediakan oleh pemimpin atau pemerintah atau badan tertentu atau daripada salah seorang yang bertanding. Jika kesemua yang bertanding itu bertaruh (wang atau valuables), maka diklasifikasikan sebagai judi juga.
Konsep judi dan musabaqah (pertandingan yang sihat) ini perlu difahami kerana judi pada akhir zaman datang bukan namanya judi tapi dengan jenama yang indah umpamanya sports toto atau loteri kebajikan, atau funfare games. Ini adalah nama-nama yang direka untuk menutup jenayahal-maisir dan keburukannya yang amat sangat kepada manusia.
Rujukan :
Dr Mustafa al Bugho, Fiqh al-Manhaji
Mufti Brunei DS, Fatwa Mufti Brunei 1999

BIDADARI SYURGA
Soalan :
Saya ingin mendapatkan kepastian, iaitu samada ‘bidadari’ (di dalam Syurga) itu adakah bermaksud wanita sahaja?
Jawapan :
Firman Allah Taala:
"Mereka di sana mempunyai isteri-isteri yang suci, dan kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman." (al-Nisaa':57)
FirmanNya lagi:
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari)langsung, dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh kecintaan lagi sebaya umurnya." (al-Waqi'ah: 35-37)
Allah menciptakan mereka tanpa melalui kelahiran, dan secara langsung menjadi seorang gadis. Di syurga tidak ada perempuan yang tua. Semuanya muda remaja dan sebaya. Perempuan yang di dunia mati ketika berusia tua, nanti disyurga akan diubah menjadi gadis belia yang cantik, menarik dan sebaya usianya.
Rujukan:
Anta Ta'al Wa Islam Yujib, Syeikh Sya'rawi
Semuanya muda remaja dan sebaya. Perempuan yang di dunia mati ketika berusia tua, nanti disyurga akan diubah menjadi gadis belia yang cantik, menarik dan sebaya usianya.

Rujukan:
Anta Ta'al Wa Islam Yujib, Syeikh Sya'rawi



HUKUM MUZIK
Soalan :
Apakah hukum muzik dalam Islam?

Jawapan :
Inilah antara isu yang paling khilafiah (perselisihan ulama) dan diperbahaskan oleh fuqaha' sejak dahulu lagi. Ini kerana perkembangan seni muzik/nyanyian hanya berlaku pada abad yang terkemudian.

Di sini diperturunkan beberapa ringkasan daripada fatwa ulama Islam:

Syaikh Mahmud Syaltut (Bekas Rektor al-Azhar) telah mengeluarkan fatwanya dalam koleksi Fatwa beliau pada tahun 1960, Fatwa Syaltut, m/s 359 seperti berikut :
Mendengan muzik itu tidak haram berdasarkan empat keadaan berikut:
1.    Muzik termasuk perkara naluri manusia (fitrah) dan ia memberi kesan kepada kerehatan akliah dan jasmani manusia yang kepenatan dan kerisauan.
2.    Ia hendaklah mengikut jalan pertengahan yang sentiasa diambil oleh Islam; menolak muzik secara bulat-bulat (total) atau menerima muzik dengan berlebihan. Islam hanya mengambil dan menikmati muzik pada kadar yang sederhana.
3.    Kita berpegang dengan fuqaha' silam yang lebih hebat daripada kita yang membenarkan muzik secara bersyarat; misalnya al-Ghazali (Ihya' Ulumuddin, kitab al-Sima, ms 1142) mensyaratkan muzik itu bebas daripada arak, gadis penyanyi, kefasikan dan menggalak perzinaan.

Muzik menjadi haram apabila membawa kepada kelalaian. Menurut Imam al-Ghazali dalam membicarakan muzik yang melalaikan (m/s 1143) menggariskan muzik yang melalaikan ialah yang membuatkan seseorang meninggalkan atau mengabaikan pekerjaan yang lebih utama atau tinggi nilainya (solat, atau nafkah keluarga), lalai dalam mendengar muzik juga bermaksud pemusatan atau keasyikan yang berlebihan kepada muzik yang membawa ke tahap ketagihan.


Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam al-Fatawa al-Mu’asarah (Fatwa Masa Kini) m/s 265 jilid 7 & 8 dalam jawapannya kepada soalan hukum nyanyian dan muzik dalam Islam telah menyebut, antaranya :
1.    Nyanyian dengan peralatan muzik dan juga nyanyian tanpa peralatan muzik adalah masalah yang menimbulkan perselisihan dan perdebatan di kalangan ulama Islam sejak kurun yang pertama lagi. Mereka bagaimanapun telah bersepakat dalam sesetengah keadaan dan berselisih pendapat pada sesetengah keadaan yang lain.

2.    Mereka bersepakat bahawa setiap nyanyian yang mengandungi unsur-unsur kekejian, kefasikan dan menggalakkan kepada maksiat adalah haram. Ini adalah kerana nyanyian hanyalah sejumlah percakapan yang apabila elok, maka eloklah ia dan jika buruk maka buruklah ia. Oleh itu lebih-lebihlah lagi haramnya jika perkataan yang buruk itu diiringi dengan nada, irama dan ransangan.

3.    Mereka juga telah bersepakat bahawa setiap nyanyian yang bersih daripada muzik dan juga faktor ransangan adalah harus. Contohnya, nyanyian dalam majlis kegembiraan yang diharuskan seperti majlis perkahwinan, majlis menyambut kepulangan perantau, perayaan dan sebagainya dengan syarat penyanyinya adalah bukan dari kalangan wanita, sekiranya terdapat di dalam majlis tersebut lelaki yang halal untuk menikahinya. Ini telah dinyatakan dalam banyak nas-nas yang sahih yang akan dibentangkan nanti.

4.    Mereka berselisih pendapat pula pada masalah selain dari apa yang telah disebutkan di atas: Ada di antara mereka yang mengharuskan nyanyian yang diiringi oleh muzik ataupun tidak, bahkan menganggapnya sebagai perkara yang digalakkan. Ada yang mengharamkan sekiranya disertai dengan alat muzik dan sebaliknya harus sekiranya tanpa alat muzik. Ada juga yang mengharamkannya secara total sama ada dengan alat muzik atau tidak, bahkan kadang-kadang mereka menganggapnya sebahagian daripada dosa-dosa besar.


No comments:

Post a Comment