Petanda tibanya ajal
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu
Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan akan mengigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas
kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah
nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
bijak.