Thursday, March 24, 2011

ZIKIR

Zikir Penenang Jiwa.

Zikir adalah suatu istilah yang merujuk kepada beberapa lafaz yang tertentu yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai wasilah (cara atau jalan) menghadirkan ingatan manusia kepada Allah. Ia merupakan suatu sunnah Rasulullah SAW.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah SWT bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah SWT berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.
Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

Rasulullah SAW bersabda; " Orang yang berzikir kepada Allah di tengah-tengah orang yang lalai seperti pahlawan di tengah para pengecut."
Telah berkata Abu Darda'; Rasulullah SAW bersabda:
"Tidakkah kukhabarkan kepadamu, amalanmu yang terbaik dan tersuci di sisi Rajamu, serta lebih mengangkat darjatmu dan lebih baik bagimu daripada memberi wang dan emas, bahkan lebih baik bagimu daripada engkau memerangi musuhmu lalu kau pukul leher mereka dan mereka pukul lehermu?"
Mereka bertanya: "Apakah itu ya Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab; "Ialah zikir kepada Allah selalu".
Diriwayatkan bahawa setiap orang mati keadaannya haus, kecuali orang yang biasa berzikir kepada Allah SWT. Muaz bin Jabal mengatakan: " Para ahli Jannah itu tidak mengeluh (menyesalkan) kecuali saat yang terluang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT."
Rasulullah SAW bersabda; " Bagi orang mukmin, satu majlis yang baik dapat menebus sejuta majlis yang buruk".

Zikir pelita hati...perbanyakkan amalan di dalam bulan yang mulia ini..mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa mengingati Allah dan mendapat keberkatanNya..
Sumber: Buku "Penenang Jiwa, Pengubatan dan Rawatan" Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub Imam Al-Ghazali.
 
 
*copy from someone blog~

No comments:

Post a Comment